Seperti Kita ketahui, Ramadan mempunyai pelbagai nama, iaitu:
1. Syahrut-Tarbiyah (Bulan Pendidikan)
Kenapa bulan Ramadhan disebut dengan syahrut Tarbiyah/bulan pendidikan, kerana pada bulan ini kita telah dididk oleh Allah SWT. seperti makan pada waktunya bagi memastikan kesihatan kita terjaga. Selain itu, ianya juga membolehkan kita mengatur waktu dalam kehidupan seharian. Contohnya, Bila waktu makan, bila waktu bekerja, bila waktu berehat dan bila waktu ibadah.
2. Syahrul Jihad
Pada zaman Rasulullah, peperangan banyak terjadi pada bulan Ramadhan dan semua peperangan tersebut dimenangkan oleh kaum muslimin. Manakala, pada masa sekarang , kita adalah berjihad melawan hawa nafsu sendiri, sehingga kita tetap bersungguh-sungguh menjalan aktiviti kita.