Celebrate Valentine Day?
Hari Kekasih
Sebagaimana yang diketahui umum dan ada juga yang tidak tahu setiap tahun pada 14 Feb kebanyakan pasangan kekasih akan menyambut Valentine Day ini kononnya bertujuan untuk mengerat dan menguatkan kasih sayang antara satu sama lain. Sebagai orang ISLAM sedarkan kita dan adakah kita benar-benar tahu sejarah disebalik sambutan hari kekasih ini? (more...)
Bagaimana pula hukumnya dari segi agama islam? Secara kasarnya mengenai sejarah hari Valentine ini terdapat didalam 3 versi. Namun saya rasa tidak perlu untuk saya paste di sini kerana terlalu panjang untuk di baca nanti. Apa yang ingin saya ceritakan di sini Hukum bagi umat islam untuk menyambut hari kekasih ini adalah HARAM. Ini berdasarkan maklumat yang saya dapat alfikrah.net. Anda juga dapat membaca lebih mendalam mengenainya di situ.
Kenapa pada 14 Feb baru kita untuk menyambut hari kekasih dengan pasangan anda? Mungkin anda boleh tetapkan sendiri hari istimewa anda tetapi tidak pada 14 FEB. Mungkin anda boleh menyambut hari kekasih dengan pasangan anda pada 30 dan 31 Feb setiap tahun kerana pada tarikh 30 dan 31 Feb tidak haram untuk menyambutnya.
Jadi berilah hadiah yang menarik ketika menyambut hari kekasih anda. Haram hukumnya untuk umat Islam sahaja. Namun untuk penganut-penganut agama lain mungkin inilah masanya untuk yang sibuk bekerja untuk meluangkan sedikit masa bersama-sama pasangan anda. Tidak pula umat islam di negara ini menghalang atau mengutuk penganut agama lain untuk menyambut Valentine Day ini. Kami hanya mengutuk di kalangan yang mengaku islam tetapi mengamalkan seperti mana yang dikehendaki.
Sepertimana Ustaz/Pensyarah saya “Untuk melihat Islam pada hari ini tidak lagi boleh melihat kepada orang melayu“
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit