Tolong selamatkan Islam.. aku sudah tak sanggup tnggal kat Malaysia kalau IFC dilaksanakan di Malaysia. Berikt adalah Hal-hal yang berkaitan IFC yang amat-amat membimbangkan aku pada masa ini.

IFC telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia tidak dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun. Ini bermaknanya, anak-anak langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Nak ikut ugama apa?'....Nak jadi cristian? Hindu? Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen Pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - Ini maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu, dihapuskan.
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, Dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit