Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Isnin, 31 Oktober 2011

Tergedi | Kemalangan Kereta Api Kota Kinabalu-Beufort dengan Lori minyak SHELL


     Lokasi kemalangan adalah di depan Kota Kinabalu International Airport (KKIA) berhampiran dengan SHELL Kapayan. Mengikut sumber tiada kematian dilaporkan.
.
Video di bawah


     Sebuah Kereta api dalam perjalanan dari stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah Lori  tangki di lintasan berhampiran sebuah Stesen minyak di Petagas dekat sini petang tadi. (30/10/11)

      Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi itu menyebabkan satu letupan kuat dan sekurang kurangnya 6 orang cedera dengan pemandu lori tangki berkenaan patah kaki.

Asap tebal akibat letupan itu boleh dilihat dari jarak 5 kilometer.

      Berikutan rempuhan itu, kereta api dan lori tangki berkenaan melekat dan masih berada di tempat kejadian.

     Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba. 

Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau.


     Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...