Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Khamis, 28 Mac 2013

Info | Sejarah Poket Kecil di Jeans Anda!

Salam KQPS!!! Jeans? Pojie suka pakai Jeans kerana ianya nampak cool kepada sesiapa yang memakainya~ Pojie jamin rata-rata rakyat Malaysia gemar memakai seluar jeans. Tak kira tua muda lelaki atau wanita. Korang mesti perasan ade satu poket kecik kat sebelah kanan atas kocek seluar jeans korang. Kenapa erk hanya seluar jeans je ade kocek kecik cam nie?


Apa yang pasti.. poket kecil di seluar jeans korang mesti ada sebab ianya direka dan bukan sekadar fesyen... Info berkenaan seluar jeans ni pojie dapat dari blog orang jugak.. Tengah-tengah blogwalking.. terkumpa la pulak info pasal sejarah poket kecil di seluar jeans.. Walaupun poket kecil yang terdapat pada seluar jeanskorang tu nampak remeh.. ianya mempunyai sejarah tersendiri!
 
Sejarah Seluar Jeans
 Jeans dipopularkan oleh Levi Strauss pada tahun 1880, 8 tahun setelah jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.Sebagai sejenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Italia pada tahun 1560-an. Kain jenis ni biasanya dipakai oleh tentera laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Génes“, yang bererti biru Genoa.

Meskipun tekstil ini pertama kali dihasilkan dan dipakai di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia 20-an yang berhijrah ke San Francisco sebagai pedagang pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.Setelah sampai di California semua barang dagangannya habis terjual, kecuali segulung kain yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotong dan dibuatnya menjadi beberapa helai seluar yang dijual kepada para pekerja lombong emas ketika itu. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Dan mula dikenali sebagai “Blue Jeans“.

Di sinilah para pelombong sangat menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombang emas menyebut seluar Strauss dengan sebutan “those pants of Levi`s” atau “Seluar Si Levi”.Semangat berniaga Strauss yang jitu membuatnya mengajak pengusaha berjaya,

Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerjasama itu melahirkan fabrik seluar jeans pertama dan dikanali sebagai “Levi’s 501“.Alasannya:Produk pertama memang dikhususkan bagi para pelombang emas. Seluar ini memiliki 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 poket kecil dalam saku depan sebelah kanan.Disebabkan ia direka bagi para pelombang, saku ini tentu bukan untuk bergaya. Tetapi poket kecik ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

Meski pun kini seluar jeans dihasilkan dalam berbagai jenis dan gaya tetapi poket kecik itu masih tetap ada.
P/S: Owh.. Macam tu kisahnye~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...