Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Selasa, 5 Mac 2013

Info | Suntikan Vitamin C

 catatan: P0jie cool
Nak cantik? yup.. takde siapa yang ada du muka bumi ni tak nak cantik! Bak kata pepatah "Saya nak buktikan yang perempuan CANTIK pun pandai masak" mood M@sterchef pulak dah! 

 Che Lah M@sterChef

Ok.. Back to the topic.. Apa yang korang tahu pasal suntik-suntik ni? Layan je info di bawah~

 Gambar Hiasan

Apabila suntikan dilakukan, vitamin akan menyerap ke bahagian sistem badan yang memerlukannya. Berlainan pula dengan pengambilan vitamin C, ada kebarangkalian vitamin itu tidak sampai kepada sistem tubuh yang memerlukannya. Sebaliknya, ia disingkirkan ke bahagian lain yang tidak berkenaan.

Kebaikan:
Suntikan vitamin C telah digunakan sejak 30-40 tahun dahulu dengan bertujuan untuk menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia.

Radikal bebas akan menjadikan kulit kita rosak, kusam, berkedut serta muncul pigmen hitam dan menjadikan kulit tidak cantik seperti dulu. Jadi vitamin C ini digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas dalam badan kita. Fungsi vitamin C juga berperanan untuk meremajakan kulit, mencegah penuaan dan menghalang sinaran matahari yang boleh menimulkan gangguan kulit. Dan proses terakhirnya menjadikan kulit kita lebih sihat, cantik dan cerah.

Selain itu, dibawah merupakan beberapa manfaat yang boleh kita dapat daripada vitamin C
1. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
2. Menghalang penyakit Skurvi : Penyakit yang disebabkan kekurangan Vitamin C dalam makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit dan lain-lain.
3. Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
4. Menguatkan dinding salur darah.
5. Menolong pembentukan tisu gentian dan mengurangkan kedut pada kulit.
6. Menjadikan kulit lebih cerah, menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
7. Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan serta menghaluskan kulit.

Keburukan:
Tetapi perlu diingatkan , ada beberapa faktor yang perlu anda ambil berat sebelum mengambil suntikan iaitu seperti keaslian bahan, bahan kimia apa yang terdapat dalam bahan, tarikh luputnya yang sudah tamat tempoh atau bahan-bahannya yang tidak bersesuaian dengan badan, kerana ia akan memberikan kesan sampingan yang negatif jika tidak diendahkan.

Sekiranya vitamin C diambil secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan masalah pada buah pinggang, masalah tulang menjadi nipis dan masalah alergi. Bagi mereka yang menghidapi masalah gastrik pula, tidak disarankan mengambil vitamin C kerana ia mengandungi sejenis asid yang dinamakan askorbic yang akan membuatkan masalah gastrik anda bertambah teruk. Pada yang mengambil suntikan juga, anda dinasihatkan supaya jangan biarkan perut anda kosong sebelum melakukan suntikan vitamin C dan juga perlu meninggalkan nikotin dan rokok kerana ia bukan sahaja akan memusnahkan vitamin baru tetapi juga yang sedia berada di dalam badan.
Sumber: Wanista 


1 ulasan:

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...