Blog Kadia Qu Punya Style
|| welcome ||
Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!
Baca yang Lain
Jumaat, 27 Disember 2013
AWESOME| Uncang Teh Unik
KQPS RANGERS!!! Apakah yang korang lakukan apabila berpeluang untuk mereka semula uncang teh pada masa kini? Mungkin design dibawah akan menjadi pilihan anda~ Layanzzzz~~
PHOTO| Apartment Berbentuk Batu Bukit di Atas Bangunan
Hi KQPS RANGERS!!!! Apa yang korang akan jangkakan apabila seseorang membina bangunan berbentuk seakan batu berbukit di atas bangunan apartmen korang? Ianya sudah pasti sangat awesome!!!
Sedikit info mengenai bangunan tersebut
BINA GUNUNG BUATAN ATAS BANGUNAN TINGGI | Seorang warga kota Beijing di China, membangunkan sebuah gunung buatan di puncak sebuah bangunan apartmen yang berketinggian 26 tingkat.
Bangunan gunung buatan itu kelihatan seperti gunung batu kapur dengan tumbuh-tumbuhan di atasnya. Yang menariknya, gunung-gunung ini sebenarnya adalah rumah atau villa mewah yang dibina oleh pemiliknya secara tidak sah dan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Pembangunan rumah unik yang sudah berjalan sejak enam tahun itu membuat para penghuni apartment tersebut berasa risau akan keselamatan mereka.
Dan baru-baru ini, pihak berkuasa China telah mengarahkan binaan itu dirobohkan hasil bantahan daripada penduduk setempat.
Isnin, 14 Oktober 2013
Tips KQPS | Tips Untuk Melancong
Tips kali ni sangat sesuai bagi anda yang Kaki Melancong, a.k.a Makan Angin.. Mungkin korang boleh ambil tips ni dan akan membuatkan percutian korang sangat bermakna dan x akan dilupakan~~~
Ahad, 13 Oktober 2013
FOTO | Jambatan Terbang di Netherland
Jambatan terbang "Slauerhoffbrug" ini terletak di Leeuwarden, Netherland. Keunikan Jambatan ini adalah terletak kepada kebolehannya untuk menaikkan sebahagian rentasan jambatan bagi membenarkan bot lalu dibawahnya. "Slauerhffbrug" siap dibina pada tahun 2000 dan kerana rekaannya yang unik ia menerima jolokan "Jambatan Terbang"
AWESOME | Sheraton Huzhou : Hotel Ladam Pertama di Dunia
CHINA tidak ketinggalan dalam membina bangunan yang pelik dan awesome!! Tahukah anda? Sheraton Huzhou Hot Springs Resort merupakan sebuah hotel yang dibina di tepi Tasik Taihu Huzhou. Hotel ini berbentuk ladam dan anda boleh belayar menerusinya. Terdapat 282 bilik di dalam bangunan 27 tingkat ini. Selain itu terdapat juga 37 villa eksklusif lengkap dengan kolam air panas tersendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)



