Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2013

PHOTO| Apartment Berbentuk Batu Bukit di Atas Bangunan

Hi KQPS RANGERS!!!! Apa yang korang akan jangkakan apabila seseorang membina bangunan berbentuk seakan batu berbukit di atas bangunan apartmen korang? Ianya sudah pasti sangat awesome!!!


Sedikit info mengenai bangunan tersebut
BINA GUNUNG BUATAN ATAS BANGUNAN TINGGI | Seorang warga kota Beijing di China, membangunkan sebuah gunung buatan di puncak sebuah bangunan apartmen yang berketinggian 26 tingkat.

Bangunan gunung buatan itu kelihatan seperti gunung batu kapur dengan tumbuh-tumbuhan di atasnya. Yang menariknya, gunung-gunung ini sebenarnya adalah rumah atau villa mewah yang dibina oleh pemiliknya secara tidak sah dan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Pembangunan rumah unik yang sudah berjalan sejak enam tahun itu membuat para penghuni apartment tersebut berasa risau akan keselamatan mereka.

Dan baru-baru ini, pihak berkuasa China telah mengarahkan binaan itu dirobohkan hasil bantahan daripada penduduk setempat.


Selasa, 12 Mac 2013

Info Sabah | Jumlah Penceroboh Ditembak Meningkat 53 Orang, 79 Ditahan

Lahad Datu, 9 Mac - Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu, dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.


Sinar Islam di Dublin Ireland

Dublin Islamic Centre adalah satu daripada sebuah pusat Islam yang sangat aktif di Ireland dan di Eropah. Masjid ini juga adalah merupakan satu daripada ratusan masjid yang asalnya adalah sebuah gereja yang dibeli daripada masyarakat Barat yang semakin meninggalkan agamanya.

Khamis, 7 Mac 2013

Rabu, 6 Mac 2013

Agama | Istilah Babi Dalam Makanan

catatan: P0jie cool
Salam KQPS kepada follower blog nih!!! Harini admin KQPS nak share informasi tentang makanan yang mungkin korang main bedal ja time nak makan.. (melahap selahapnya) tak research pun istilah-istilah yang korang tak paham yang terpampang kat bahagian ingredient makanan tu.. 
So, hari ni apa kata kita layan je info ni, mana tau ada istilah yang korang blur tu tersenarai dalam istilah-istilah babi dalam makanan??

Isnin, 4 Mac 2013

Laman Web dari Filipina kena Hack!

catatan: P0jie cool
Hack? Di Hack? Menghack? How about gula-gula Hacks? Sedap dimakan ketika sakit tekak.. tapi bukan Hacks yang KQPS nak share harinih.. Satu situasi yang mengemparkan admin KQPS telah kami perolehi daripada page facebook Share For Lahad Datu satu jam yang lalu iaitu banyak Laman Web dari Filipina telah di Hack berikutan isu serangan dari pada orang yang menggelarkan dirinya "Sultan Sulu" di Lahad Datu, Semporna dan Kunak. No Komen! Sekadar Sharing.. Coz I know Sharing is Caring.. hahaha.. (Mood jiwa bunga kembang setaman)


Khamis, 14 Februari 2013

Jepun | Akuarium Beku

catatan: P0jie cool
Berlainan seperti aquarium yang terdapat di Malaysia, "Kori no Suizokukan" merupakan akuarium beku yang terletak di Kesennuma, timur laut Jepun. Berbeza dengan konsep akuarium yang terdapat di seluruh dunia, iaitu ikan bebas berenang dalam akuarium, "Kori no Suizokukan" merupakan aquarium yang meletakkan ikan di dalam ais. Dalam akuarium tersebut, para pelawat boleh melihat 450 sampel haiwan yang telah dibekukan beku dan 80 spesies air masin yang berbeza. Semua haiwan ini diambil dari pelabuhan nelayan yang terdekat.

Untuk membekukan sampel haiwan ini, kaedah pembekuan telah dilakukan bagi membuat pameran kehidupanlaut ini kelihatan segar. Suhu dalam ruangan pameran akuarium adalah pada takat -20 Celsius, pelawat diberikan baju sejuk khas semasa melawat. Admin merasakan Akuarium ini sesuai untuk dilawati ketika musim panas ^_^..



Isnin, 11 Februari 2013

Tadika Awam yang Menakjubkan di Kawasan Kejiranan Bogota

 catatan: P0jie cool
Adakah anda tahu berapa banyak seni bina kononnya hijau atau 'cool' yang kebiasaannya terdapat pada hotel mahal, kerajaan atau bangunan pejabat? Sekarang, ianya telah diterapkan dalam pembinaan sebuah Tadika Awam yang terletak di Bogota.


Sabtu, 9 Februari 2013

Festival | Perayaan Pelik di Dunia (Part 1)

    Salam KQPS!! GONG XI FA CAI... Selamat Tahun Baru Cina... Open house jemput la.. Sampai sekarang belum ada lagi terima mana2 jemputan sempena Tahun Baru Cina.. Sedey!!! Sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.. KQPS nak share beberapa perayaan yang boleh dikira aneh di seluruh dunia jika anda seorang rakyat Malaysia...

Monkey Buffet Festival

     Festival ini merupakan Festival Makan Sepuasnya.. Namun anda jangan silap!! Jika anda seekor monyet,  bolehlah tumpang sekaki bersama monyet yang lain untuk menjamu selera.. Perayaan ini akan diadakan pada setiap tahun pada sabtu terakhir di bulan November bertempat di Pra Prang Sam Yot di Lopburi, Bangkok. Perayaan ini diraikan atas kepercayaan bahawa monyet-monyet tersebut boleh membawa tuah dan rezeki.


Jumaat, 8 Februari 2013

Awesome | Tisu Tandas Kreatif!

     KQPS merasakan, 1 rumah harus ada 1 tisu.. ini adalah amat penting bagi mereka yang amat mementingkan kebersihan dalaman dan juga luaran dalam hidup mereka. Bagi mereka yang merupakan pengumpul tisu yang tegar, berikut adalah antara jenis tisu yang boleh dipertimbangkan oleh mereka sebagai penghias tandas mereka disamping digunakan selepas :poop:.

 


INFO | Pendaftaran BR1M Di Lanjutkan

 Halaman Utama LHDN bagi sesiapa yang ingin membuat permohonan BR1M 2.0 


Khamis, 11 Ogos 2011

Rusuhan di Kota London (Video)

     Salam KQPS Members~ Haritu aku dah post gambar-gambar di sekitar Kota London yang gempar akibat berlakunya rusuhan. Sekarang Enjoy Video kat bawah pula yang berkenaan dengan rusuhan tersebut.





Rabu, 10 Ogos 2011

Duit Syiling Baru Malaysia

     Hi member Blog KQPS!! Ada yang dah tau ke tah duit syiling baru Malaysia? Meh aku kongsikan gambar duti syiling baru Malaysia nih.


Kat atas ni perbandingan  duit syiling baru dan lama Malaysia. Apa pendapat korang? Duit syiling baru kecil sekitdari lama~
Depan dan belakang duit syiling baru
Duit 5 sen

Rusuhan di Kota London

Baru-baru ni kecoh di Kota London sebab berlaku huru-hara disebabkan rusuhan. Apa sebenarnya yang berlaku? Layan gambar rusuhan di Kota London di bawah. 
 


Khamis, 28 Oktober 2010

Fakta Terungkap!

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.



2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. (more...)
 


3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan  pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.


4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah  perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.




Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..











Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...