Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Ahad, 6 September 2009

Post untuk Minggu Ini.. hehe

Data Tak Segerak  

Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit û bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat. Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama û sama aksara berkaitan. 

Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut. 




Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah: Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar. 

Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan mula dan akhir untuk setiap aksara. Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ET X untuk tanda tamat frame.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...