Halaman Utama LHDN bagi sesiapa yang ingin membuat permohonan BR1M 2.0
Korang dah apply belum BR1M 2.0? Aku baru apply kot tahun ni.. Kelmarin dah mula start pembahagian BR1M kat Labuan... Aku baru nak cek esok kot.. Hurm~ Harap-harap dapat la kan? RM250 tu.. HOHOHO... Btw, Rebat Phone dah ambil?
(petikan pmr penerangan)
Putrajaya: Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac depan.
Mereka memberi tempoh sebulan lagi
supaya bagi yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. Falsafah
kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang
layak, mendapat BR1M. Beliau berkata kepada pemberita selepas
menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Perbendaharaan. Kerajaan
memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan
dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di
samping merancakkan perbelanjaan domestik.
Bantu isi rumah
Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk
membantu isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan
sebanyak RM500 dan individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang
berpendapatan di bawah RM2,000 untuk menerima RM250. Ahmad Husni
berkata, kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak menghantar
permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan
diterima. Bagaimanapun, dalam proses menentukan kelayakan individu
mendapat BR1M 2.0, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat
pemohon yang memohon dua kali. Sekiranya ada yang memohon dua kali satu
permohonan akan ketepikan, hanya satu permohonan akan diproses.
Contoh perdana
Sebelum itu, dalam ucapannya Ahmad Husni
berkata, sumbangan menerusi BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 adalah contoh perdana
langkah bukan ortodoks yang dilaksanakan kerajaan sebagai sebahagian
program ekonomi negara. BRIM dapat memberikan manfaat langsung kepada
rakyat, bantuan berkenaan juga bertindak sebagai pemangkin untuk
menyerap permintaan luar yang lemah susulan pertumbuhan perlahan rakan
dagang tradisi negara. Paras kecairan yang mereka limpahkan ke dalam
ekonomi adalah cukup besar untuk membentuk kesan gandaan yang tinggi,
namun tidak terlalu besar untuk mencetuskan sebarang tekanan inflasi dan
(bantuan) adalah di dalam kapasiti kemampuan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit