Salam KQPS!! GONG XI FA CAI... Selamat Tahun Baru Cina... Open house jemput la.. Sampai sekarang belum ada lagi terima mana2 jemputan sempena Tahun Baru Cina.. Sedey!!! Sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.. KQPS nak share beberapa perayaan yang boleh dikira aneh di seluruh dunia jika anda seorang rakyat Malaysia...
Monkey Buffet Festival
Festival ini merupakan Festival Makan Sepuasnya.. Namun anda jangan silap!! Jika anda seekor monyet, bolehlah tumpang sekaki bersama monyet yang lain untuk menjamu selera.. Perayaan ini akan diadakan pada setiap tahun pada sabtu terakhir di bulan November bertempat di Pra Prang Sam Yot di Lopburi, Bangkok. Perayaan ini diraikan atas kepercayaan bahawa monyet-monyet tersebut boleh membawa tuah dan rezeki.
