Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Sabtu, 13 Februari 2010

Cerita di sebalik Hari Kekasih..



Versi 1 Hari Kekasih dirayakan bagi meraikan kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang membawa peranan penting dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam pada masa ketika itu. Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka telah menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

Jadi.. Dimana letaknya maruah islam, bila umatnya sendiri turut merayakan hari tersebut? Fikirkanlah..

Versi 2 Hari Kekasih diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia merupakan seorang yang aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II.

Raja Rom telah memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine adalah penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine masih menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintahkan Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.

Dengan itu, orang Kristian telah memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan dirinya untuk mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap agama Nasrani iaitu agama Kristian.Mereka telah menyamakan Valentino seperti Nabi Isa. Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara.

Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu). Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 3 St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Mengenali Labuan.. My Town..

~Tahun 1800~
Labuan adalah sebahagian daripada pemerintahan Kesultanan Brunei. Labuan telah menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun. ~Tahun 1846~ Labuan telah secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas. ~Tahun 1888~ Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company. ~Tahun 1907~ Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat. ~Tahun 1942~ Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida. ~Tahun 1945~ Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia ~Tahun 1947~ Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan. ~Tahun 16 April 1984~ Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. 1 Oktober 1990 Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

Wali band - Dik

Dik,aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohonkau s’lalu menemani 
Saat ku tengah terluka 
Kala ku tengah gundah 

Reff:
Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu


Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh


Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah


Back to Reff:


Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh


Back to Reff: Like this song

Topi Original!

ane apa kan pakai durang ane? lain jua.. inda ku pemndai memeriksai.. cuba tah kamu pulang nah.. macam? bisai?? dapat di tampah ka ne ah? haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...