Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Sabtu, 9 Februari 2013

Teknologi | Samsung Galaxy S4

     Masa aku tadi tengah godek2 info pasal phone Galxy S II aku tadi.. Tiba-tiba terjumpa pulak artikal berkenaan Samsung akan mengeluarkan 1 lagi Telefon Pintar Mereka iaitu Samsung Galaxy SIV.. Giler la.. Tahun lepas (2012) baru keluar Samsung Galaxy SIII, Sekarang nak SIV pulak.. Layanz jek la~ Apa yang diketahui SIV ni juga akan ditambah dengan S Pen dan resolusi kamera 13 MP. Tapi itu cuma khabar angin. Namun soal S Pen tak mustahil kerana itu yang membezakan dengan pattern Iphone. Juga berdasarkan sambutan Samsung Galaxy Note 2. 

Bagaimanakah Design Samsung Galxy SIV ni?


Festival | Perayaan Pelik di Dunia (Part 1)

    Salam KQPS!! GONG XI FA CAI... Selamat Tahun Baru Cina... Open house jemput la.. Sampai sekarang belum ada lagi terima mana2 jemputan sempena Tahun Baru Cina.. Sedey!!! Sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.. KQPS nak share beberapa perayaan yang boleh dikira aneh di seluruh dunia jika anda seorang rakyat Malaysia...

Monkey Buffet Festival

     Festival ini merupakan Festival Makan Sepuasnya.. Namun anda jangan silap!! Jika anda seekor monyet,  bolehlah tumpang sekaki bersama monyet yang lain untuk menjamu selera.. Perayaan ini akan diadakan pada setiap tahun pada sabtu terakhir di bulan November bertempat di Pra Prang Sam Yot di Lopburi, Bangkok. Perayaan ini diraikan atas kepercayaan bahawa monyet-monyet tersebut boleh membawa tuah dan rezeki.


Drama | Setia Hujung Nyawa Episod 4

Setia Hujung Nyawa
Suhan Movies







Seminggu sebelum bernikah, Sofea bertandang ke rumah Datin Adibah atas pujukan Zain. Ketika berduaan, Datin Adibah beri amaran yang dia mahukan menantunya duduk di rumah, beri padanya cucu seramai mungkin dan tak mahu menantu yang gila bersosial serta mabuk-mabuk. Sofea pertahankan diri yang dia sudah berubah.








Drama | Setia Hujung Nyawa Episod 3

Setia Hujung Nyawa
Suhan Movies





Sofea dan Netty bertemu di kelab malam untuk raikan harijadi Netty. Pada mulanya Sofea menolak tapi pujukan Netty yang tak selalu balik ke Malaysia mencairkannya. Sofea didesak lagi oleh Netty untuk bekerja dengannya kerana takkan bahagia perkahwinan jika tak direstui mertua. Tanpa disedari Sofea, ketika keluar dari kelab malam itu, Datin Adibah sedang berada dalam keretanya tak jauh dari situ. Datin Adibah terkejut kerana Sofea langsung tak menghormati permintaannya malah menipunya. Datin Adibah merakam video gelagat Sofea dan Netty yang dalam keadaan mabuk itu.





Drama | Setia Hujung Nyawa Episod 2

Setia Hujung Nyawa
Suhan Movies





Zain cuba memujuk ibunya dengan mengatakan bahawa dia dan Sofea sudah berubah dan tidak akan menjejakkan kaki ke kelab malam lagi. 









Drama | Setia Hujung Nyawa Episod 1

Setia Hujung Nyawa
Suhan Movies






Ersalina dan Iqram, abang kawan baik Ersalina, Zehra, bermain mata ketika Ersalina melepak di rumah Zehra. SPM yang baru tamat membuatkan Ersalina dan Zehra selalu menghabiskan masa bersama.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...