Blog Kadia Qu Punya Style
|| welcome ||
Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!
Baca yang Lain
Isnin, 31 Oktober 2011
Tergedi | Kemalangan Kereta Api Kota Kinabalu-Beufort dengan Lori minyak SHELL
Lokasi kemalangan adalah di depan Kota Kinabalu International Airport (KKIA) berhampiran dengan SHELL Kapayan. Mengikut sumber tiada kematian dilaporkan.
.
Jumaat, 28 Oktober 2011
Beza Daging Babi dan Daging Lembu
Share untuk anda~
Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
Warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
Langgan:
Catatan (Atom)