Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Jumaat, 2 Oktober 2009

Share to you all..

Makna di sebalik Topologi pokok dan Topologi Mesh

Topologi pokok

Topologi pokok ataupun di kenali sebagai topologi berheiraki mengandungi beberapa lapisan yang mana nod-nod di paras yang lebih rendah bersambung dengan satu nod di paras sebelah atas . Dalam topologi pokok ini , Kita boleh memberikan tugas-tugas khas kepada nod-nod tersebut. Kemudian nod-nod ini akan disambungkan ke heiraki rangkaian untuk melakukan tugas-tugas bersepadu. 

Topologi jenis ini dijumpai dalam penyambungan dalam rangkaian-rangkaian bas . Kelemahan bagi topologi ini adalah kos pendawaiannya tinggi , pengendalian data lebih kompleks dan masa yang diperlukan bagi menghantar data lebih lambat. Topologi mesh Topologi mesh merupakan satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian

Ini bagi membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke satu destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semua nod tadi bersambung antara satu sama lain . Sambungan ini adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain kerana dalam setiap bahagian komponennya akan membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. 

 Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...