Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Rabu, 11 Februari 2009

Big Bang!

 
GAMBAR ini menunjukkan mesin yang Large Hadron Collider yang digunakan untuk menguji teori Big Bang.  

LONDON - Sekumpulan saintis memfailkan permohonan di sebuah mahkamah di Eropah untuk menghentikan satu eksperimen bersejarah bagi merungkai rahsia teori Big Bang kerana bimbang boleh menyebabkan Bumi musnah, lapor sebuah akhbar semalam. Eksperimen menelan belanja sebanyak £4.4 bilion (RM27 bilion) itu bertujuan untuk merungkai misteri kejadian alam semester. (more...)









   

Bagaimanapun, para saintis bimbang, selain memperoleh maklumat penting berhubung kewujudan kehidupan, uji kaji paling besar dalam sejarah dunia itu mungkin menjadi punca hari kiamat. Dalam eksperimen tersebut, beberapa saintis membina satu mesin yang dikenali sebagai Large Hadron Collider dan uji kaji itu akan bermula dalam tempoh sembilan hari lagi. 


Namun, beberapa saintis bimbang mesin yang dibina di bawah tanah di sempadan Perancis dan Switzerland itu akan mewujudkan satu lubang hitam yang akan menelan bumi. Mesin itu akan menghentam partikel-partikel sub-atom pada kelajuan cahaya bagi mewujudkan situasi yang berlaku tidak lama selepas kewujudan alam semester. 


Seorang pakar Jerman, Profesor Rossler berkata, Pertubuhan Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear mengaku bahawa projek itu akan mewujudkan lubang hitam. Wakil kumpulan saintis yang mencabar uji kaji itu, Otto Rossler berkata, mesin itu akan mewujudkan beberapa lubang hitam kecil tetapi dalam tempoh empat tahun ia akan mengembang sehingga menelan bumi. - Agensi (Dari akhbar Kosmo)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...