Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Isnin, 26 Julai 2010

Nama lain bagi Bulan Ramadan

Seperti Kita ketahui, Ramadan mempunyai pelbagai nama, iaitu:

1. Syahrut-Tarbiyah (Bulan Pendidikan)
Kenapa bulan Ramadhan disebut dengan syahrut Tarbiyah/bulan pendidikan, kerana pada bulan ini kita telah dididk oleh Allah SWT. seperti makan pada waktunya bagi memastikan kesihatan kita terjaga. Selain itu, ianya juga membolehkan kita mengatur waktu dalam kehidupan seharian. Contohnya, Bila waktu makan, bila waktu bekerja, bila waktu berehat dan bila waktu ibadah.

2. Syahrul Jihad
Pada zaman Rasulullah, peperangan banyak terjadi pada bulan Ramadhan dan semua peperangan tersebut dimenangkan oleh kaum muslimin. Manakala, pada masa sekarang , kita adalah berjihad melawan hawa nafsu sendiri, sehingga kita tetap bersungguh-sungguh menjalan aktiviti kita.









3. Syahrul Qur'an
Al-Qur'an petama sekali diturunkan pada bulan Ramadhan. Pada bulan ini adalah digalakkan untuk banyak membaca dan mengkaji kandungan Al-Qur'an sehingga kita memahami perintah Allah yang tertulis di dalamnya.

4. syahrul Ukhuwah
Pada bulan ini kita merasakan ukhuwah diantara kaum muslimin terjalin dengan sangat erat dengan selalu berinteraksi di Masjid dan Surau untuk melakukan solat berjema'ah. Dan dada antara jiran juga saling mengantarkan juadah berbuka puasa bagi mengeratkan lagi tali siraturrahim.

5. Syahrul Ibadah
Bulan Ramadhan disebut juga dengan Bulan ibadah kerana pada bulan ini kita tentu sekali banyak melakukan ibadah-ibadah sunnah disamping ibadah wajib seperti solat sunnat dhuha, rawatib dan tarawih ataupun qiyamullai serta tadarusan al-qur'an.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...