Blog Kadia Qu Punya Style

Selamat Datang~ Teruskan Bersama Kami Blog Kadiaku Punya Style! (KQPS)

|| welcome ||

Selamat Datang ke Blog Kadiaku Punya Style (KQPS)~ Blog ini akan menyajikan anda berkenaan info-info semasa, menarik, lucu, pelik dan sebagainya. Stay tuned bersama KQPS!

Baca yang Lain

Isnin, 4 Mac 2013

Amaran | Fenomena Laut Merah di Perairan Labuan

catatan: P0jie cool
Apa yang korang tahu pasal Laut Merah? sila r0jok di Googlemaps Dapat ke tidak??? Cup! Bukan Laut Merah yang kat Semenanjung arab yang KQPS maksudkan (^_^)V Dsinini admin KQPS ingin menjelaskan sejelas-jelasnya Fenomena Laut Merah di Labuan adalah merupakan situasi di mana keadaan warna air laut itu berwarna merah..(Cantik ke tidak aku susun ayat?) Kalau tak pahan tak tau la~ Tapi x pasti pulak.. Laut Merah tu warnanya merah ataupun tidak.. nanti la KQPS buat research yer~ Hapa-hapa p0n.. Layan je~

FENOMENA AIR MERAH [RED TIDE]
Perairan Sabah terutamanya di kawasan Labuan memang sudah lama terkenal dengan kejadian air merah atau lebih dikenali ‘Red Tide’ disebabkan oleh Cochlodinium polykrikoides.Namun pada penghujung tahun 2005 dan awal tahun 2006 sejenis lagi penyebab air merah yang dikenali sebagai Pyrodinium bahamense var compressum mula muncul.Dinoflagelat Pyrodinium bahamense var compressum yang juga pengeluar racun atau toksik kumpulan ‘Paralytic shellfish poisoning’ [PSP] yang mempunyai lebih 20 derivatif. 


Punca Fenomena Air Merah Beracun [Red Tide]
Fenomena air merah beracun [Red tide] di Perairan Sabah terutamanya di Perairan Labuan berlaku secara bermusim iaitu di penghujung tahun dan awal tahun.Diramalkan bahawa fenomena ini biasanya berlaku pada musim kemarau selepas nerlakunya hujan lebat dan kesan dari suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan.Semasa fenomena,air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan dinoflagellate bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut. 


Mengapakah sebilangan sahaja hidupan laut yang menjadi toksik?
Ini disebabkan keunikan hidupan laut tersebut yang mempunyai sistem pemakanan secara penapisan.Plankton yang bertoksik akan terkumpul dalam tisu dan organ dalaman semasa penapisan makanan.Hidupan laut yang berkenaan adakah seperti berikut:
i. Semua jenis kerang-kerangan
ii. Ikan tamban
iii. Ikan selar
iv. Ikan selayang
v. Ikan kembong
 
Tanda-tanda keracunan
i. Peringkat Awal
Pada masa 30 minit pertama,mangsa akan terasa kebas pada bahagian bibir,kemudian ke bahagian muka terus ke leher.Mangsa juga akan terasa seperti dicucuk jarum di bahagian hujung kaki dan tangan,sakit kepala,pening,muntah-muntah,cirit-birit dan loya.
ii. Peringkat Bahaya
Bagi kes yang teruk,mangsa akan mengalami kelumpuhan otot,sukar bernafas dan rasa tercekik.Dalam kes yang sangat serius,kematian boleh berlaku dalam masa 2 hingga 23 jam kerana sistem pernafasan menjadi lumpuh dan jantung tidak berfungsi.
 
Langkah-langkah keselamatan
Setakat ini,belum ada lagi penawar atau antidot yang khusus untuk rawatan keracunan kerang paralitik.Oleh itu,langkah-langkah keselamatan seperti yang berikut haruslah dititik-beratkan:
1. Ambil perhatian terhadap sebarang pengumuman dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan.
2. Elakan dari memakan semua jenis kerang-kerangan dan ikan-ikan yang berkenaan.
3. Ikan-ikan lain haruslah dibuang insang,organ dalaman dan dicuci dengan bersih sebelum dimasak.
4. Udang laut boleh dimakan tetapi kepala dan perut mestilah dibuang dan dicuci dengan bersih.
5. Elakan daripada memakan ketam dan udang kera dalam kuantiti yang banyak.
6. Sekiranya keracunan,dapatkan rawatan segera.Jangan minum alkohol.Di kawasan terpencil dimana rawatan segera tidak mudah diperolehi,minum air garam dalam kuantiti yang banyak atau telan putih telur dengan segera untuk mengeluarkan segala isi perut 

sumber: Jabatan Perikanan Labuan

Info tambahan: Fenomena air merah dikesan mula merebak ke perairan Wilayah Persekutuan Labuan yang melibatkan kawasan berhampiran Pulau Papan oleh Jabatan Perikanan Labuan pada pagi Jumaat.

Pengarahnya, Zainudin Abd Wahab dalam satu kenyataan media kelmarin berkata, air merah itu sedang hanyut menghampiri Pulau Papan dengan keluasan sehingga 3 hingga 4 hektar serta tahap keracunan yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut.


Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk Wilayah Persekutuan Labuan supaya tidak memakan hasil laut seperti siput, cengkering dan ikan-ikan kecil terutama ikan pelagik iaitu ikan atas air seperti ikan selayang/basung dan ikan kembong/rumahan.


Beliau juga turut menasihatkan orang ramai khususnya nelayan supaya tidak menangkap ‘bubuk’ atau udang baring yang ditemui banyak terdapat di persekitaran pantai Tanjung Kubung sehingga ke perairan Sungai Miri kerana dikhuatiri tercemar dengan racun air merah.


Zainudin berkata, pihaknya menjangkakan fenomena air merah ini akan berterusan untuk tempoh satu hingga dua minggu sebelum ia dihanyutkan oleh arus ke Pulau Daat, Menumbok dan Sipitang.

 

1 ulasan:

  1. Harap tiada apa-apa brlaku...

    BalasPadam

Takkan Baca je kot~ Meh komen sikit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...